MICKEYZA
April 17th
Female
SUNGAI PETANI


<< October 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



my friendster

myspace codes
i'm loving it












lirik best


myspace codes
comelnyer aku




SEASONS

myspace icons



SPORTS


myspace icons




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Oct 16, 2013
Intro - Akasia Love You Mr Arrogant

Lirik Lagu Tetap Menantimu – Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

SINOPSIS LOVE YOU MR ARROGANT

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal. Read more: http://www.perekacerita.com/2013/09/love-you-mr-arrogant.html#ixzz2hww3NpzS


Posted at 09:13 pm by MICKEYZA
Make a comment  

Temuduga F41
Nada lagu comel "Gwiyomi" kedengaran pada Note 2 kesayanganku... tertera gambar my parents di situ..."Assalamualaikum mak", aku memulakan bicara ... riang suara mak di corong telefon kedengaran..."Walaikum salam...ni surat temuduga SPA dah sampai" masih terngiang-ngiang suara gembira mak memaklumkan perkhabaran tu...seraya ku tersenyum ... ALHAMDULILLAH ...sekurang-kurangnya ada juga jawapan untuk permohonan aku walaupun aku tahu CGPA aku tidak sehebat orang lain dan universiti pun swasta je.... Tinggal lagi 2 minggu untuk aku buat segala persiapan untuk temuduga tersebut....

TARIKH/MASA TEMU DUGA: 29/10/2013 10:00 pagi

JAWATAN: PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

TEMPAT : BILIK TEMU DUGA, TINGKAT 47
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BANGUNAN KOMTAR,
10000 PULAU PINANG

Sangat gementar hati ini untuk hadiri temuduga ini. Ramai officemate yang juga mendapat tawaran yang sama semua sedia berkongsi knowledge dan nasihat dengan aku walaupun dorang tau aku juga merupakan persaing dorang. Tak loket memberikan kata-kata semangat.

Di sini aku kongsikan beberapa item yang perlu ada untuk temuduga tersebut:

Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
h. Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.
4. Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat.

Selaku penjawat awam sedia ada aku juga perlu bersedia dengan soalan-soalan mengenai pekeliling dan tugas sedia-ada.

Antara contoh soalan tersebut:

1. Terangkan perbezaan antara website dan portal.
2. Terangkan apa itu wireless dan jenis-jenisnya.
3. Mengapa siaran astro tidak jelas sewaktu hujan tetapi siaran tv lain seperti tv1, tv2, dan tv3 yang menggunakan analog jelas.
4. Apa itu SDLC dan berikan contoh-contohnya.
5. Apakah Virus yang terkini?
6. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
7. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
So sekarang bersedialah hadapi semua ni.

"ALWAYS DO THE BEST. REMEMBER ALLAH ALWAYS WITH YOU"


Posted at 08:57 pm by MICKEYZA
Make a comment  

 
Jun 1, 2013
ketenangan hati
Time camni aku masih tak dapat melelapkan mata. Perasaan tidak tenteram, rindu semua bercampur baur. Rasa sakit hati telah lama dipendam bila setiap kali ingin meluangkan detik indah bersama suami tetapi ada sahaja alasan yang diberikan. Masanya kini lebih banyak pada rakan2 tiada lagi masa untuk anak dan isteri. Sekiranya ada sekalipun mungkin hanya bersifat sementara seringkali ingin mempercepatkan masa bersama anak isteri tetapi tidak pula masa bersama rakannya.... Sentiasa pulang sehingga jam 2-3pagi kerana bersama rakan. Hati isteri ini tidak pernah dipeduli, anak2 yang perlukan perhatiannya sering dimarahi, diherdik sesuka hati. Kenapa suamiku bersikap begini? Perasankah dia akan sikapnya itu? Atau sememangnya dia bersifat begitu. Hanya aku sentiasa mencuba untuk memahaminya sedangkan dia sedikit pun tidak pernah endahkan akan perasaanku ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan menghadapi dugaan seperti ini. Aku hanya perlukan sedikit perhatian darinya untuk aku dan anak2 kami. Sangat sukarkah baginya untuk meluangkan masa bersama kami? Percutian baginya hanya bersama rakan2 bukanlah masa bersama anak isteri. Sekiranya diajak melancong atau bercuti suamiku hanya menganggap acuh tak acuh sahaja walhal kalau rakan2 yang mengajak laju ja pergerakannya. Aku tak pasti dimana kesilapan ku dalam mengahrungi ruamhtangga ku ini. Sangat mencemburui pasangan lain w,pun ku tahu masing2 punya masalah tersendiri. Hati ini sangat sensitif apatah lagi apabila keseorangan begini. Anak2 bersama kedua org tua ku bahagia di kampung sedangkan aku berendam airmata sendiri. Tugasan pada negara serta mencari rezeki untuk keluarga membuatkan aku terpaksa berjauhan dengan anak2 di kala cuti sekolah begini. Dimata orang lain bahagianya aku kerana dpt berduaan bersama suami padahal hakikatnya aku sendiri..... Di kala ini aku perlukan ketenangan hati......

Posted at 01:31 am by MICKEYZA
Make a comment  

 
Dec 28, 2011
Lagu Tema: Ini Kisahku

Terdiam... hanya bisa diam dingin menyerang...
di sekujur tubuhku
Layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya
Meneduhkan lamunan Masih jelas terlihat,
pesona ayumu Masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh...

[REFF 1]
Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua
Perlahan bawa semua tanya Satu bersama...
langkah di taman ini Terangkai bunga tanda cinta murni adanya
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh...

[REFF 2]
Di mana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan mempeduli

[REFF 3]
Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Hanya rasa sepi meratapi malam tanpa dirinya

Posted at 03:02 am by MICKEYZA
Make a comment  

Home Sweet Home
Hari ni dah selamat serah kunci kuarters....
Tak sangka dah 4tahun aku dok kuarters tu, dr bujang sam pai kahwin n anak sorang, sayang sgt nak tinggalkan rumah tu. Kalau tak kerana aku dpt warning pasal salah parking xkan ku pindah nyer dr umah tu....dekat dah ngan opis, leh meronggeng memalam with family n dating dgn hubby tapi semuanya dah tinggal kenangan.

Sekarang dah mula menetap kat rumah kami sendiri kat Semenyih, walaupun jauh nak g opis, puas juga sebab dah stay kat umah sendiri. Boleh buat pe pun sesuka hati xde sape nak marah tapi yg xbestnyer anjing banyak giler aku xsuka binatang tu. Sampah abis dia kerjakan, lori sampah lak xdatang2 amik sampah ni. Geram jek rasa.

24 Disember 2011, majlis doa selamat dan bacaan yassin dah selamat dijalankan. Alhamdulillah parents aku, mertua dan ipar duai ada masa majlis tu. Walaupun xramai sangat tetamu yang datang tapi makanan alhamdulillah dah abis semuanya. Yang penting diharapkan majlis ni dirahmati oleh Allah swt.



Posted at 02:49 am by MICKEYZA
Make a comment  

 
Oct 30, 2011
Jewel In Palace
Dah lama x tgk citer ni



Posted at 05:23 am by MICKEYZA
Make a comment  

 
Oct 14, 2011
Dunia Wanita Solehah


Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.


Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Posted at 04:01 am by MICKEYZA
Make a comment  

Peringatan Untuk Diriku Yang sering Lupa
Setelah sekian lama kita mengecap nikmat kurniaan Ilahi di dunia ini, ayuhlah kita menghitung sejauh mana kita sudah mensyukuri nikmat yangtelah disirami ke atas kita oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang. Ayuhlah kita menghisab diri kita,mudah-mudahan kita sedar sejauh mana kita telah mentaati titah perintah-NYA :

1. Ketika kita sembahyang, zahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kepada Allah, tetapi hati dan ingatan kita dimana ? Adakah juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadduk serta rasa rendah diri dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah SWT ? Ataukah hati kita terbangmenerawang ke merata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Perkasa ?

2. Pernahkah kita merasa indah dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada-Nya, merasarendah diri dan hina, menyesali dosa dan kelalaian, mengingati-Nya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti pada-Nya ?

3. Kalau ada orang Islam yang sakit dan menderita atau miskin, adakah hati kita rasa belas kasihan untuk membantu atau tolong mendoakan dari jauh agar kehidupan mereka diselubungi sifat sabar dan redha ?

4. Pernahkah pula kita menghitung dosa-dosa dan kemungkaran yang pernah kita lakukan sambil menangis kerana taubat kita terlalu sedikitberbanding dosa kita yang menggunung tinggi yang menjadi asbab kitamenjadi bahan bakaran api neraka ?

5. Selalukah hati kita sentiasa ingat pada mati yang boleh mendatangi kita bila-bila masa ? Seandainya kita dijemput kembali ke pangkuan Allah dalam keadaan berlumuran dengan dosa alangkah malangnya nasib kita.

6. Ketika kita menerima rezki atau taqdir yang tidak seperti kita idamkan, dapatkah hati kita rasa sabar dan redha serta syukur keranan ketentuan Allah telah mengatasi kehendak kita sebagai tanda Maha Berkuasanya Allah dan maha lemahnya kita ?

7. Di waktu mendapat nikmat, terasakah hati kita bahawa nikmat itu merupakan pemberian dan pinjaman Allah untuk kita syukuri ? Atau apakahnikmat tersebut kita gunakan untuk menunjuk-nunjuk, berlaku ujub dan riyak kepada makhluk Allah yang kurang bernasib baik ?

8. Seandainya kita miskin dapatkah kita rasa bahagia dengan kemiskinan dan rasa lapang kerana diakhirat nanti Rasulullah SAW akan dibangkitkanbersama-sama orang yang miskin ?

9. Kalau ada orang yang mencerca kita, mampukah hati kita berlaku tenang tanpa susah dan sakit hati, serta menganggap cercaan itu sebagai kifarahdosa untuk kita jadikan cermin buat memperbaiki diri kita menuju ke negara yang kekal abadi ?

10. Di kala kita menganiaya seseorang dan berlaku salah dengan manusia yang lain, datangkah rasa takut akan kemurkaan Allah pada kita dansanggupkah kita menyusun sepuluh jari untuk memohon keampunan maaf sambil mengaku kesalahan kita ?

11. Allah anugerahkan deria penglihatan kepada kita, apakah kita gunakannya untuk melinangkan air mata di atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan dengan penuh rasa kesal atau apakah kita gunakannya untuk melihatperkara-perkara yang dilarang oleh Allah ?


Oleh marilah sama-sama kita renungi ke dalam diri kita, apakah kita peka kepada titah perintah Allah atau sebaliknya ? Jadikanlah setiap peristiwa dan perbuatan yang berlaku sebagai cermin untuk menyuluh kesilapan dan keburukan diri sendiri agar mudah untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

Posted at 03:57 am by MICKEYZA
Make a comment  

 
Sep 22, 2011
Heartstring
Heartstrings OST -You_ve fallen for Me

Posted at 08:54 pm by MICKEYZA
Make a comment  

Lena Park - More Than Anyone Else in the World
Myeong Wol Spy


Posted at 08:41 pm by MICKEYZA
Make a comment  

Next Page